Flashy Colorful Pink Star -->

Saturday, December 29, 2012

Perasaan perempuan penting taw!


wahh.. da lama x update kat blog.. second year student da start busy da.. hohoho.. hanya cuba yang terbaik.. x nak dah memain macam tahun 1.. btw.. dalam time range yg da lama x update blog ni, macam2 perkara dah berlaku.. whether sedih ataupun gembira.. even itu semua berlaku, banyak lessons yang aku dapat n then jd guide untuk diri sendiri menjadi seorang yang lebih tabah... memang lumrah diri aku ni jenis bila da sayang seseorang tu, susah untuk aku lepaskan orang tu.. tapi sebelum sayang seseorang tu, bukan main susah lagi nak buat diri aku dekat dengan orang tu... bila orang tu da lukakan hati aku, yang buat aku betul2 da give up, jangan harap aku nak terima dia semula dalam hidup aku.. maybe ambil masa yang lama untuk aku okay semula dengan dia... time tengah belek2 facebook tadi, ada jumpa 1 article ni.. once da baca, memang aku betul2 berkenan dengan apa yang article tu cuba sampaikan.. berkaitan dengan perasaan perempuan kepada lelaki yang lelaki x pernah nak ambil tahu.. x teringin nak ambil tahu maybe??

1.     bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...
2.     bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...
3.     wanita sukar nak cari something yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang... thats why ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu terputus di tengah jalan...
4.     sekiranya seorang wanita itu jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain...
5.     wanita memang sukakan pujian tetapi tidak tahu macam mana nak menerima pujian...
6.     wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa whether through muzik, lukisan n tulisan sebab itu adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka...
7.     jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka langsung tak berguna...
8.     lelaki yang bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita...
9.     jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan... kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam...
10. jika seorang wanita itu memberi seribu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu...
11. jangan sesekali mengagak apa yang perempuan rasa, tapi tanya diri dia sendiri...
12. kalau kamu masih tercari2 cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang perempuan, cubalah rajin2kan tangan menyelak buku2 cinta...
13. bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang paling dicintainya sekarang akan berada di tempat yang paling istimewa ---> hatinya
14. satu ucapan 'hye' saja da cukup menceriakan hatinya...
15. senjata wanita adalah airmata...
16. wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya... mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinya dicintai setulus hati.. sebab tu jugaklah dia xkan ragu2 terhadap kamu...
17. sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa...
jujurlah aku cakap, aku sendiri pun pernah alami semua ni.. for 'that person', hopefully kamu faham semua ni.. please appreciate someone yang betul2 sayangkan diri kita...