Flashy Colorful Pink Star -->

Tuesday, January 31, 2012

BFF ke? Atau kawan baik?

Secara jujurnya la aku cakap, berterus terang, aku xjumpa lagi BFF aku after tamat 1 semester sebagai tahun 1 di UTeM.. Yang aku jumpa hanyalah kawan-kawan yang berkongsi suka duka fizikal dan hati aku.. Bukannya yang menyelami perasaan dan fikiran aku.. Hanya 3 insan saja yang bergelar BFF yang mampu menyelami perasaan dan fikiran aku setakat ni.. Yang teramat aku sayang : Nor Salihah, Syakira Fazlin dan Fatin Nabilah Giman..

Tak semestinya kita rapat dengan orang tu, hang out together, watching movie together, jalan-jalan, tapi dia boleh jadi BFF kitakan? Dan tak semestinya bila kita buat semua aktiviti macam tu, dia tak boleh jadi BFF kita jugak kan? So, pokok pangkalnya terletak pada hati masing-masing jugak.. Memang banyak kawan yang yang sanggup berkongsi sedih dan gembira dengan kita, tapi adakah diorang betul-betul ambil peduli dengan apa yang kita ceritakan pada diorang? Ataupun sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sebab sengaja nak jaga hati perasaan si kawan.. Kita bukannya tahu hati dan perasaan diorang kan.. Apa lagi fikiran diorang.. Itulah masalahnya sekarang..

Aku masih lagi mencari.. Insan yang boleh dijadikan BFF.. Well.. Aku bukannya jenis 'huhahuha'.. Aku jenis tak banyak bercakap jugak.. Maybe serius? Matured? Yeke? hehehe.. lol! So mungkin susah bagi aku nak cari BFF.. But i'll try my best.. Tak perlu nak berpura-pura dan hipokrit cuba berubah (perangai) dalam nak mencari BFF, cuma jadilah diri sendiri.. Itulah yang lebih kekal.. So aku tetap dengan diri aku.. Xperlu nak berlakon atau berpura-pura dalam mencari BFF.. I just be myself.. =)

Friday, January 6, 2012

Penatnya bila kita bergaduh


Aku penat
Saat air mata mengalir
Mahupun sebelum atau selepas tidur
Hati penat berada dalam kesedihan
Dikejutkan dengan pergaduhan
Memulakan hari dengan air mata
Walaupun seharian berlalu
Sedih masih terasa di hati
Keletihan.. Tanpa senyuman.. Menangis..
Aku terlalu lemah untuk menahan kesedihan
Terlalu lemah untuk berhenti menangis
Setiap kali hati disakiti
Aku hanya mampu menangis
Lemahnya aku