Ikhlasnya aku tak jumpa lagi BFF aku seperti Nur Syakira Fazlin, Fatin Nabilah Giman and Nor Salihah... aku mengaku kadang-kadang aku rindukan mereka..
mungkin aku mengambil masa untuk mencari siapa BFF aku.. Walaupun seseorang itu mempunyai ramai kawan di sekelilingnya, namun masih ada lagi seorang teman yang bukan sekadar teman di dalam hidupnya.. Tetapi dia adalah seorang yang memahami, pendengar, berfikiran terbuka, sedia membantu tidak kira susah senang dan sudi berkongsi bahu sekiranya temannya sedih.. Itulah "kawan sejati"..
Selama aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar, aku sudah perhati banyak ciri-ciri dan perangai seorang kawan.. Mungkin aku lebih suka memerhati daripada berkata-kata.. Jadi banyaklah gelagat yang aku dapat lihat.. Ketawa, sedih, menangis, gembira,
semuanya ada.. Ada kawan yang pentingkan diri sendiri, ada kawan yang suka menindih kawan yang lain.. Ada juga kawan yang sanggup menunggu dan menolong kawan yang dalam kesusahan.. Berkongsi isi hati dan masalah antara satu sama lain.. Berkerjasama dan bertimbang rasa..
Semua tu aku pernah lihat dan mengalami dalam kehidupan aku.. Kawan adalah insan yang paling penting dan berharga selepas ibu bapa.. Tipulah seseorang itu kalau dia tidak memerlukan kawan dalam hidupnya kerana kawan adalah tempat mengadu susah senangnya seorang manusia.. Tapi kita masih dapat lihat dalam dunia hari ini yang jelas dan nyatanya seorang kawan selalu memanfaatkan kawannya demi kepentingan dirinya sendiri..
Di manakah "sense of friendship"??? Tidakkah dia terfikir perasaan sahabatnya walaupun sedikit??? Tapi itulah manusia sekarang.. Bukan mudah untuk kita mencari kawan untuk hidup kita kerana kawan boleh mempengaruhi hidup kita sama ada kita
menjadi insan yang lebih positif mahupun sebaliknya.. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kawan dalam kehidupan kita.. Hargailah teman anda sebelum anda ditinggalkan keseorangan..
-->

